Friday, 27 June 2014

Kali Ini Wanita OKU di Kelantan Pula Diabaikan

Jika kejadian OKU remaja yang diabaikan di Nilai Negeri Sembilan, pembangkang menuduh itu salah UMNO, apa pula spin penyokong PR apabila penderaan OKU kali ini berlaku di Kelantan?

TV3 melaporkan: 

Wanita OKU Ditemui Dikurung Sejak 10 Tahun
27 Jun 2014, 08:03pm by Syuhada Rais

 



Belum reda kes seorang kanak-kanak kelainan upaya, OKU dikurung dan ditemui dalam keadaan kurus kering, satu lagi kes seakan sama dikesan di Kampung Pasir Pekan Hulu Tumpat, Kelantan.

Seorang wanita OKU ditemui dikurung di dalam bilik berkunci dipercayai sejak lebih 10 tahun lalu.

Seorang penduduk yang menemui wanita itu segera memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Wanita OKU berusia lewat 30-an ini yang dikenali sebagai Nazitah, dipercayai mempunyai masalah mental.

Dia sebelum itu dikatakan cuba meminta bantuan seorang penduduk kampung untuk membuka paip air yang jaraknya kira-kira dua meter dari bilik itu.

Nazitah  dikatakan tinggal di rumah peninggalan ibunya sendirian dengan keadaan yang berbau.

Perkara itu turut dimaklumkan kepada kru TV3 di Kota Bharu.

Bertindak atas maklumat sepasukan polis  diketuai oleh ketua polis daerah tumpat, superintendan zaharuddin rasip segera ke lokasi siang tadi.

Mangga bilik kurungan terpaksa dipecahkan.

Ketika ditemui, Nazitah dalam keadaan kelaparan dan meminta makanan serta minuman.

Siasatan awal mendapati Nazitah dipercayai ditinggalkan keseorangan dan tidak diurus dengan sempurna sejak dua tahun lalu

Turut sama  Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat, Rosni Yaakob dan enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Kelantan.

Pemeriksaan mendapati ada sebuah bilik air namun tanpa kemudahan air.

Selain tilam di atas katil konkrit serta beberapa botol air minuman.

Nazitah yang keluar dari kurungan kelihatan tersenyum dan dibawa ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan lanjut.

- See more at: TV3

Grup perbincangan politik
http://www.facebook.com/groups/BNVsPR 
http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Wednesday, 25 June 2014

Pergaduhan dalam pemilihan PKR kerana berebut girlfriend

Kata Abang Joe, ""Ada yang bergaduh sebab kes girlfriend(teman wanita) dua tahun lepas. Jadi bila jumpa sekarang mereka bergaduhlah. Tak semestinya sebab pemilihan," kata beliau secara berseloroh di sidang media di ibupejabat PKR hari ini."
http://www.malaysiakini.com/news/266572





I
I
I
V


I
I
I
V




Video pergaduhan berebut girlfriend ?




Grup perbincangan politik
http://www.facebook.com/groups/BNVsPR 
http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Tuesday, 24 June 2014

PKR - Parti Kerusi Rakyat



Koleksi video pergaduhan pemilihan PKR 2014


WakeUp Malaya

  

Pemilihan PKR mencatat rekod baru di Malaysia!

1- Pemilihan parti yang paling lama dalam sejarah, bermula 26 April hingga sekarang masih belum selesai.
2- Jumlah pemilihan semula paling banyak iaitu 40.
3- Paling banyak proses undi dibatalkan dan tangguh iaitu Sabak Bernam (3 kali).
4- Parti pertama melibatkan suami isteri bertanding sesama sendiri untuk kerusi Presiden (Anwar vs Wan Azizah).
5- Paling banyak penyelewengan proses undi yang tidak dipedulikan oleh Bersih.
6- Pemilihan parti pertama ada BLACKOUT : Batang Sadong, Sarawak dan Nibong Tebal.
7- Pemilihan parti pertama yang jumlah undi melebihi pengundi : Nibong Tebal 838 undi berbanding 671 pengundi berdaftar.
8- Parti paling ramai pengundi hantu.
9- Parti paling banyak BLACKOUT dalam proses pemilihan iaitu 2 kali.
10- Parti paling banyak pergaduhan ketika pemilihan: sekurang-kurangnya 6 pergaduhan.
11- Pemilihan parti paling ganas.
12- Pemilihan parti paling banyak kerusi terbang.
13- Penggunaan kerusi plastik paling kreatif.
14- Penggunaan kerusi plastik paling ganas.
15- Paling ramai mangsa dipukul kerusi plastik.
16- Jarak paling jauh kerusi plastik dibaling dalam pemilihan parti.
17- Lontaran paling tinggi kerusi plastik dalam pemilihan parti.

Sumber bijaksana Lim Sian See:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1514129748805814&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1




Grup perbincangan politik
http://www.facebook.com/groups/BNVsPR 
http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Monday, 23 June 2014

Kronologi pergaduhan PKR

Kronologi bergambar sebab berlakunya kejadian pergaduhan sampai bocor kepala pemimpin PKR 




Nah... tak pasal2 ... bocor kepala pokcik..... 


Punca Sebenar 
I
I
I
I
V




Video pergaduhan unit amal PAS dan SAMM



Grup perbincangan politik
http://www.facebook.com/groups/BNVsPR 
http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Wednesday, 18 June 2014

Memori telefon anda penuh?


Bagaimana cara untuk pindahkan gambar dan video dalam telefon anda kerana memori sudah hampir penuh?

Memori telefon penuh menyebabkan aplikasi telefon jadi perlahan. Dropbox menawarkan khidmat simpanan data untuk anda secara percuma. Data yang boleh disimpan di Dropbox termasuk gambar dan video. 

Kini anda tidak lagi perlu membawa pendrive atau simpan dalam email anda. Mudah bukan?

Anda perlu ikuti langkah berikut:

1. Klik link berikut: DROPBOX

2. Isikan maklumat yang diperlukan, email dan password yang akan anda gunakan untuk upload data ke 

3. Install DROPBOX di telefon anda.

4. Anda sudah boleh upload gambar dan video ke DROPBOX 

Selamat mencuba.

http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://twitter.com/Papagege

Friday, 2 May 2014

Pergaduhan Unit Amal PAS dan SAMM sampai pecah kepala

 .

Klik di sini untuk video 

Pergaduhan yang melibatkan Unit Amal PAS dan SAMM telah mengejutkan ramai pihak. Penafian SAMM kejadian ini berlaku tambah melucukan.

Tuesday, 29 April 2014

Pemilihan PKR bergaduh sampai bocor kepala

Pakatan Rakyat selalu memainkan isu SPR tidak telus, tidak adil dan sebagainya. Tetapi dalam pemilihan PKR lagi teruk. Bergaduh sampai bocor kepala.

Isu pergaduhan dalam pemilihan AJK PKR menjadi hangat. Video yang dirakamkan ini menceritakan detik mula bagaimana berlaku kejadian ganas tersebut.

Sila klik di link berikut:  Video pergaduhan PKR

Gambar sekitar pemilihan PKR yang berlangsung dalam bilik hotel









Grup perbincangan politik http://www.facebook.com/groups/BNVsPR
http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Lawatan Obama ke Malaysia petanda kematian Anwar sudah dekat



Pemuja Anwar sentiasa menjaja Anwar pemimpin terbaik dari Timur. Malahan Badrulamin, ostat kaunseling jam 3 pagi menyifatkan Anwar sebagai Imam Mahadi. Wan Azizah Presiden PKR merangkap bini Anwar menyifatkan lakinya sebagai manusia "Anugerah Tuhan" sementara Nurul Izzah , Naib Presiden PKR merangkap anak perempuannya yang menfailkan cerai kepada lakinya sendiri menyifatkan ayahnya sebagai "Papa Hebat"

Azmin? Azmin yang dikaitkan dengan isu menyerahkan bininya untk santapan Anwar mewar-warkan Anwar sebagai "Pemimpin Bertaraf Dunia"


Kenyataan Obama pada 19 April 2014 di Washington telah membuktikan bahawa dakwaan penjilat Anwar jauh tersasar. Jauh panggang dari api.

Hakikatnya juga lawatan Obama ke Malaysia yang mengulang sejarah lawatan Presiden Johnson 50 tahun yang lalu tidak langsung menjenguk Anwar, bekas banduan dan bakal banduan yang akan dimasukkan ke penjara lagi sekali kerana tabiat suka liwat. Terbaru kes liwat Pembantu Peribadi yang diambil bekerja pada tahun 2008.
Apa yang jelas, Obama telah membuat keputusan yang tepat dengan tidak melayan pelawaan Anwar untuk berjumpa dengannya.


Ini bukan kes pertama kegagalan Anwar berjumpa pemimpin dunia. Kes yang sama berlaku semasa lawatan PM Turki, Tayyip Erdogan. 

Cuma bezanya kali ini penolakkan Obama yang diketahui umum sebagai kuasa terbesar dunia telah menjelaskan kepada rakyat bahawa Anwar is a liar, dan Dajal Politik Malaysia. Full Stop!!!



http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege

Sunday, 27 April 2014

Anwar akan menyerahkan bukti penipuan SPR kepada Obama




Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

black rally kuantan 140513 anwarBerucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.
  
Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.
NONELaporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.
Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa".

"Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela. Sumber
P/s- Macam-macam tohmahan kepada UMNO dan SPR, dakwat tak kekal, pengundi bangla, blackout tetapi Anwar hanya melaporkan kepada polis tentang dakwat kekal. Mahkamah yang dikatakan tidak adil itu juga yang diharap Anwar.



Grup perbincangan Politik
http://www.facebook.com/groups/BNVsPR
http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Penjelasan isu TPPA oleh Dato Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II



Tandatangan TPPA tak termasuk dalam agenda lawatan Obama. TPPA melibatkan beberapa negara Asia Pasifik, iaitu berbentuk multilateral bukan bilateral dan masih dalam rundingan.

Pendirian kerajaan sama ada akan tandatangani TPPA atau tidak bergantung kepada faedah yang negara serta rakyat kita akan perolehi.

Negara-negara yang terlibat dalam rundingan TPPA antaranya Malaysia, Singapura, Vietnam, Brunei, Jepun, Australia, New Zealand, Peru, Chile, Mexico, USA dan Canada. Jika rundingan TPPA berakhir dengan tidak melindungi kepentingan negara dan rakyat, kita tidak akan menandatangani TPPA.

Miti sedang menyediakan kajian 'cost-benefit' untuk melihat secara lebih terperinci faedah kepada negara dan rakyat. Rundingan TPPA melibatkan bidang yang amat luas. Justeru, kerajaan berhati-hati dalam rundingan.

Pada akhirnya dalam banyak-banyak fungsi kerajaan, kerajaan BN meletakkan fungsi utama kerajaan adakan 'menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat'

 Husni Hanadzlah, [27.04.14 02:33]

Grup perbincangan politik
http://www.facebook.com/groups/BNVsPR/
http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege

Saturday, 26 April 2014

Koleksi Amanat Hadi Awang

Amanat Hadi Awang Presiden PAS yang diucapkan di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada tahun 1981 telah memecahkan umat Islam di Terengganu. Kesannya, perpecahan ini merebak ke seluruh Malaysia. 

2014 menyaksikan beliau terpaksa menelan balik ludah sendiri.



Amanat Hadi Awang, Banggol Peradong, Kuala Terengganu 1981



"Percayalah saudara-sudara, 

Perjuangan kita adalah jihad, 



Ucapan kita adalah jihad, 




Derma kita adalah jihad. 






Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini(UMNO), 
kalau kita mati kerana berlawan ini, 




Mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. 






Kita tak payah masuk Yahudi, 




Kita tak payah masuk Kristian, 




Kita tak payah masuk Hindu, 





Kita tak payah masuk Budha, 





Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku".





http://www.facebook.com/PapagegeGroup
http://papagege.blogspot.com
http://twitter.com/Papagege

Himpunan pendapat berkenaan Hudud

Koleksi kenyatan pemimpin BN dan PR tentang hudud. 












Grup Facebook perbincangan politik klik di  BN Vs PR

http://www.facebook.com/PapagegeGroup 
http://papagege.blogspot.com 
http://twitter.com/Papagege