Saturday, 7 April 2012

Nurul Izzah: Skandal di Rumah Pangsa 4 Tingkat



Nurul Izzah ternyata mengikut jejak langkah PAPA HEBATnya si Anwar Ibrahim yang terlibat dengan pelbagai skandal. Sila lihat kenyataan YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR sebagai bukti...


KENYATAAN MEDIA oleh YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR

KENYATAAN BALAS BERHUBUNG DAKWAAN TIDAK BERASAS
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI BERHUBUNG PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA 4 TINGKAT KAMPUNG KERINCHI,
KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 05 APRIL 2012 – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam sidang media dan kenyataannya yang dikeluarkan di Bangunan Parlimen semalam, telah menyebut beberapa perkara melibatkan pembangunan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi yang disifatkan sebagai pembohongan-pembohongan berbaur politik serta hasutan yang boleh mengelirukan rakyat, khususnya penghuni-penghuni yang telah berpindah dari Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin berkata tindakan Ahli Parlimen itu yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), jelas mahu mengelirukan pelbagai pihak untuk kepentingan peribadi politik putar-belitnya.

Antara dakwaan beliau adalah seperti berikut;

1. Pembangunan Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi tidak mengikuti prosedur yang betul kerana tidak mendapat persetujuan 100% daripada penduduk untuk pembangunan semula.

Tuduhan ini sengaja disensasikan oleh YB Nurul Izzah bagi meraih perhatian pihak media serta penduduk setempat, bagi memastikan projek pembangunan semula ini menemui titik kegagalan dan memberikan “political milage” pula kepadanya.

Tindakan beliau ini secara tidak langsung dilihat, kononnya beliau adalah pejuang kepada kelompok minoriti 35 penduduk yang menentang dan enggan berpindah, sedangkan hakikatnya tidak langsung mengambil kira kepentingan dan penderitaan 432 penduduk lain yang secara terbuka dan bersedia menerima pembangunan di tapak kediaman asal mereka.

Harus diingat juga bahawa YB Nurul Izzah baru sahaja dalam lingkungan 3 tahun sebagai ahli parlimen di kawasan Lembah Pantai dan sebenarnya banyak perkara melibatkan permasalahan rakyat di kawasan Parlimen ini gagal ditangani dengan baik oleh beliau, termasuk isu Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi.

Jika dilihat dari segi senario di Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi, kepentingan suara majoriti yang bersetuju mengenai pembangunan semula kawasan ini perlu diambil kira sebagai point utama.

Bandingkan projek ini dengan projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat Jalan Jelatek untuk projek mewah Datum Jelatek. Dalam kes tersebut, Kerajaan Selangor juga tidak mendapat persetujuan 100% dari penduduk dan penduduk telah membawa kes tersebut ke mahkamah.

Tetapi mengapa Kerajaan Selangor meneruskan juga projek tersebut dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah bagi mengambil alih unit penduduk yang tidak bersetuju?,

Dan semasa penduduk yang tidak setuju dikeluarkan dari kediaman mereka, di mana YB Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin PKR lain berada? Mengapa mereka tidak turun padang untuk menghalang kerja-kerja pembangunan bermula?

Mengapa apabila Kerajaan Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah, perkara ini tidak menjadi isu tetapi ianya dipolitikkan pula di Wilayah Persekutuan seperti yang berlaku di Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi?

Jelas kelihatan ‘double standard’ yang diamalkan oleh Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin PKR yang lainnya.

2. Penggunaan referendum melanggar peraturan sedia ada

Penduduk telah hampir 30 tahun merayu agar kawasan rumah pangsa mereka yang usang dan uzur dibangunkan semula kerana tidak lagi sanggup hidup dalam keadaan serba kedaifan.

Sehubungan itu, demi memastikan kesejahteraan warga kota diambil perhatian maka Kerajaan hari ini yang prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi telah bersetuju menjadi fasilitator bagi memudahkan proses pembangunan semula di kawasan tersebut dilaksanakan.

Sebanyak empat (4) syarikat yang berminat untuk memajukan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi, telah diberi peluang untuk memberikan penerangan kepada penduduk tentang pembangunan yang dicadangkan.

PENDUDUK SENDIRI YANG MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI UNDIAN BERHUBUNG SYARIKAT MANA YANG AKAN MENERAJUI PEMBANGUNAN.

Walau bagaimanapun setelah pemilihan dibuat sendiri oleh penduduk, syarikat terpilih masih perlu mengemukakan tawaran kepada para pemilik sebagi bukti sah persetujuan penduduk.

432 (421 penghuni & 11 peniaga di unit kedai) dari 467 penduduk telah menerima tawaran, hanya 35 sahaja yang menentang dan tidak bersetuju. Ini bermakna 92.5% penduduk telah bersetuju dengan tawaran syarikat pemaju terpilih.

Ingin ditekankan juga, bahawa referendum bagi memilih pemaju untuk membangunkan semula kawasan mereka adalah yang pertama diadakan di negara ini dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana Kerajaan negeri termasuklah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Kaedah referendum yang diamalkan dalam proses ini adalah contoh terbaik menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional benar-benar demokratik. Sepatutnya YB Nurul Izzah memuji tindakan Kerajaan kerana mengutamakan suara rakyat, bukannya cuba mensabotaj usaha murni Kerajaan.

3. Isu rumah sementara belum siap punca penduduk tidak berpindah.

Semalam telah diadakan majlis penyerahan kunci kepada 21 dari 34 penghuni yang enggan berpindah (sebelum ini 35 dan seorang mengambil kunci pada 29 Mac 2012), manakala 13 penghuni lagi telah menandatangani surat perjanjian menyewa PPR dan diberi tempoh sehingga 10 April ini untuk mengambil kunci. Sekiranya rumah belum siap, bagaimana boleh diadakan majlis penyerahan kunci?

Rumah tersebut telah pun disediakan lebih lama semenjak tawaran yang pertama lagi dikeluarkan pada tahun 2009, bagaimana pun hanya 35 penghuni sahaja yang enggan berpindah kerana terpengaruh dengan hasutan YB Nurul Izzah. Rumah berkenaan juga telah beberapa kali dibaikpulih kerana terlalu lama dibiarkan kosong dan ini jelas menambahkan lagi kos penyelenggaraan oleh pihak DBKL.

Walaupun tidak perlu menyediakan rumah sementara kerana penduduk yang membantah telah diberikan pampasan, kesudian Kerajaan BN menyediakan kemudahan tersebut menunjukkan keprihatinan Kerajaan BN.

• Nota: Sehingga kini 28 dari 34 penduduk yang sebelum ini enggan berpindah telah menerima tawaran dan mengambil kunci bagi rumah PPR dari DBKL.

Sekian, terima kasih.

YB DATO’ RAJA NONG CHIK BIN DATO’ RAJA ZAINAL ABIDIN
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar


PS- Sambungan skandal sebenar Nurul Izzah

Pengikut Nurul Izzah pakai kasut, pakai seluar pendek dalam Surau Kg Kerinchi! Terimakasih Nurul Izzah!





Lihat gambar di atas. Gambar ini diambil pada hari Ahad, 18 Mac di Madrasah Itifiqah AdDiniah Rumah Pangsa 4 Tingkat Kg Kerinchi, Lembah Pantai.

Lihat lah betapa tidak hormatnya orang kafir hari ini kepada orang Islam, sehingga dengan bangsat nya memakai KASUT dan SELUAR PENDEK di dalam surau!

Siapa yang benarkan mereka masuk ke surau begini?

Siapa dalangnya?




Rupa-rupanya Nurul Izzah lah yang jadi dalang! Membawa masuk orang luar ke Kerinchi dan melanggar batas agama.

Hebat Nurul Izzah!

Nampaknya semakin berjaya cita-cita anda untuk meliberalkan Islam.

p/s: Nurul, kalau nak undi pun, kalau nak hentam Raja Nong Chik pun, tak payah lah jual agama sampai begini sekali!

p/s #2: Pakcik Pakatan Rakyat kat belakang tu tak tegur ke? Oh lupa, Pakatan Rakyat dah jadi liberal agama sekarang, kat dalam Surau pun boleh pakai kasut dan seluar pendek macam masuk gereja.

Tahniah Nurul Izzah!

4 comments:

  1. Admin yg bodoh.. salahkan yg pakai kasut tu.. saja nak spin... Sudah ketandusan idea gamaknya... pencen la dari menulis cerita hampeh ni...

    ReplyDelete
  2. BODOH punya admin...da tada berita lain ker nak buat..asik2 spin cerita... yang masuk tu non muslim,mereka mana tahu peraturan dalam surau..U MEMANG BODOH LA ADMIN.

    ReplyDelete
  3. wahai admin....bertaubat lah...usah dibuka aib orang, sebaliknya tonjolkan lah kelebihan mereka...anda juga harus sedai aib anda juga boleh dijaja orang lain.

    ReplyDelete
  4. Nak jaga hati

    ReplyDelete