Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Tindakan mengeluarkan klip video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pas, "bermotifkan politik" dan tidak akan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat (PR) menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, tegas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Sehubungan itu, Husam menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Biar polis siasat. Kami sudah lali dengan perkara macam ini, kami tidak kisah," kata beliau dipetik Star Online.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula menyifatkan penyebaran klip video tersebut sebagai politik murahan khususnya ketika menjelang tarikh PRU13.

"Ia tindakan tidak bertamadun pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menggunakan tindakan sedemikian," katanya lagi.