Saturday, 6 April 2013

Sejarah Penubuhan Tabung Haji



PENUBUHAN LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI
Posted by pauziah on 06/08/2012 16:22:11

Pada hari ini dalam tahun 1969, Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH)  ditubuhkan dibawah  Akta 8/1969. Sejarah penubuhan Tabung Haji   bermula apabila Profesor Diraja Ungku Aziz mengemukakan kertaskerja kepada pihak kerajaan bertajuk ”Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji” kepada Kerajaan pada bulan Disember 1959. 

Beliau  mengesyorkan penubuhan satu perbadanan untuk mengendalikan urusan orang-orang beragama Islam menunaikan Fardu Haji. Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji dibentuk dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Muda Kementerian Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Khalid bin Awang Osman. 

Hasil daripada perbincangan itu, ”Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji”  ditubuhkan dibawah Undang-undang bil 34/62 berkuatkuasa pada 1 November 1962 dan dilancarkan pada 30 September 1963. Pada tahun 1969 Perbadanan itu digabungkan dengan Jabatan Hal Ehwal Haji yang  beroperasi sejak tahun 1951 bagi mewujudkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji. 

Lembaga ini diwujudkan bukan sahaja bertujuan mengatasi masalah sosio ekonomi malahan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang membolehkan kaum Muslimin untuk melabur dan menyertai secara berkesan  segala aktiviti ekonomi negara Pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997.


Nota : Tahun 2012 : Malaysia mendapat kouta Haji sebanyak 28,000 orang, ini bermakna 28,000 orang rakyat Malaysia dapat menerima manafaat dari kesungguhan kerajaan pimpinan UMNO berbakti kepada rakyat.




0 comments:

Post a Comment